Sejarah Sekolah

 

Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar ditubuhkan pada 5 Januari 1998 dengan menumpang di SK Taman Seri Mawar pada sesi petang selama 3 tahun 3 bulan dan 13 hari.

Berpindah ke bangunan sekolah ini pada 16 April 2001
Bermula dengan 19 orang guru, 2 orang pekerja dan 404 orang murid. Kebanyakan murid terdiri daripada anak-anak penduduk Taman Tuanku Jaafar, Kem Senawang, Taman Tuanku Ampuan Najihah, dan Bukit Seri Senawang.

Tahun 2001 merupakan murid perintis menduduki peperiksaan UPSR. Pada tahun 2003 pula merupakan kohort pertama murid  SK Taman Tuanku Jaafar yang bermula dari tahun 1 di sekolah ini yang menduduki peperiksaan UPSR.